Kenaikan harga barang yang membimbangkan | Secara jujurnya Ray jarang sekali bercerita berkenaan isu semasa. Tapi sekali sekala teringin nak berkongsi dengan pelawat-pelawat blog Ray tentang isu semasa yang sedang hangat diperkatakan di seluruh negara, kenaikan harga barang yang membimbangkan. Yes, Ray bimbang sangat ni. Niat nak berjimat macam tak kesampaian je sebab walaupun rasanya Ray dah kurang berbelanja tapi masih sama je nilainnya. Stressnya waduh.
Ray sebagai seorang pengguna yang sentiasa perlu keluar untuk beli barang rumah turut tergolong sekali dalam kumpulan yang bimbang pasal isu kenaikan harga barang. Kalau dulu kurang membeli, tak terasa sangat bila harga naik. Tapi sekarang dah jadi antara yang paling kerap membeli, Ray mampu garu kepala yang tak gatal je. *kerut dahi
Korang tengok la sendiri tajuk-tajuk besar di akhbar kebelakangan ni. Kebanyakannya memang pasal kenaikan harga barang dan isu-isu yang berkaitan dengannya. Tengok muka surat pertama pun dah runsing. Inikan pula nak sambung baca.
Ok jom teruskan.
DETAILS PERKONGSIAN DATUK WIRA DR AZIZAN OSMAN
Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi.
Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini.
Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini.
Semalam, saya berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau dah lingkup.
Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa perlu dibuat, selain tak pandai soal pemasaran.
Saya juga sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini?
Pertama kali, saya tidak tahu memberikan jawapan apa.
Tapi saya sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan 'mati'!
Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini.
Kalau kekal dengan usaha normal, anda akan mati dan jika kekal kecil anda akan pupus.
Maka sebagai Titanium di bawah bimbingan saya, tak bersyukur jika anda tak buat betul-betul untuk berkembang.
Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul untuk berkembang dan kekalkan momentum.
Saya ulang, pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli.
Kalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk 'mati'.
Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi.
Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat?
Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi.
Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan.
Bersama dengan saya Ahad ini, khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini.
Ray tersangatlah kagum dengan Datuk Wira Dr Azizan Osman. Sebelum ini, Ray pernah kongsi tentang program percuma yang dianjurkan sewaktu banjir melanda sampaikan HQ Richwork pun masuk air. Waktu macam tu pun Richwork masih gigih nak teruskan.
Secara peribadinya, Ray suka akan cara Datuk Wira yang sentiasa 'up to date' dan mengkaji setiap perubahan yang berlaku dalam dunia perniagaan. Tak semua orang mampu melakukan perkara yang sama. Jikalau ada. pun, berapa peratus yang sahaja yang sudi untuk berkongsi dan bertindak seperti Datuk Wira.
Yang bestnye, korang tahu tak nanti ada lagi sesi perkongsian yang akan diadakan oleh Datuk Wira kita. Tapi kali ini melalui Telegram pula. Jeng jeng jeng
Masa: 8 pagi
Hari: Ahad
Saluran: Telegram Azizan Osman Official
entahlah..semua mahal huhu. nak beli pun pikir banyak kali
ReplyDeletebetul tu ray..kalau bawa rm50 hurm berapa ketul barang je dapat..adeiii
ReplyDeletePerkongsian yg bukan calang-calang dari dr azizan. dah le free saja. rugi kalau x rebut peluang ni kan
ReplyDeletedah banyak barang naik harga.. mcm dah tak terkawal..
ReplyDeleteTakutnya barang harga naik lagi T_T
ReplyDeleteThese are very worrying times.
ReplyDeleteAmalia
xo